Amsterdam 2011 dalam kenangan..

Amsterdam, Bruges & Brussels - 19th to 25th April 2011. Tepat jam 12.30 tengahari waktu Malaysia, rombongan dari CWA selamat sampai ke kota Amsterdam setelah lebih kurang 12 jam duduk selesa tak selesa dalam pesawat B747 MAS. Sampai saja di Schiphol Airport, dan sesudah bersarapan di sebuah hotel, terus saja rombongan kami dibawa ke tempat-tempat yang telah di jadualkan.

Selain Amsterdam, kami juga dibawa ke taman yang penuh dengan bunga2 tulip berwarna-warni di sekitar Bruges dan Brussels dan berpeluang membeli coklat yang diakui antara yang terbaik di dunia. Di Brussels, kami menginap di hotel Sheraton dan sebelum berangkat pulang semula ke Amsterdam, sempat juga eija@bonda meminta upline atau mentornya iaitu Dr Niki Shuhada untuk memberikan ucapan ringkas kepada semua atau bakal konsultan E.G's agar berusaha lebih supaya impian untuk ke France, Italy, Monaco dan Switzerland pada 2012 tercapai.

Sekian saja catatan ringkas lawatan kami yang penuh makna anjuran penuh dari CWA ke Amsterdam Holland, Bruges & Brussels, Belgium. Setelah berjaya mencapai target sales, segala penat lelah akhirnya berbaloi dengan segala keseronokan yang dikecapi bila dapat menjejakkan kaki ke negara orang. Berikut adalah petikan kata-kata dari eija@bonda yang rajin 'berkarya' sejak-sejak balik dari amsterdam tempohari. "Setiap manusia diberi nikmat utk kita bermimpi N berangan2. Sayang sekiranya kita tidak merasai n mempergunakan nikmat yg Allah berikan kpd kita krn segala nikmat yg diberi itu adalah satu jalan n peluang kejayan utk kita rasai dahulu sebelum iainya menjadi kenyataan. Marilah kita sama2 merasai nikmat Allah dgn mimpi n angan2 yg indah n bersertakan dgn doa n usaha, semoga mimpi itu akn menjadi kenyataan. INSYA-ALLAH".