Belum cakap apa-apa brader melayu tu geleng kepala macam bayi 1 tahun 2 bulan kena paksa suap dengan nestum perisa kurma. Aku berkeras juga nak sebut; "Abang tak nak dengar tentang pelaburan amanah dari bank C. Demi masa depan lebih terjamin" dengan penuh yakin aku berkata. "takpe la dik. takut la" kata brader tu. Aku pandang brader tu atas bawah. Badan lebih kurang macam badan awie.
"takut apa bang? saya bukan nak rompak abang. cuma nak terangkan tentang pelaburan amanah dari bank C. itu sahaja. Berminat atau tidak belakang cerita. Yang penting abang boleh timba ilmu tentang pelaburan unit amanah. Sudi?" aku cuba juga nak pujuk brader tu.
Senario ni berlaku terlalu kerap. Seolah-olah pelaburan unit amanah ni macam skim MLM,Skim cepat kaya. Hello kawan pelaburan unit amanah adalah sah kerana pelaburan ini dari bank yang didaftarkan. Kerajaan dah bagi kemudahan untuk rakyat Malaysia menggandakan wang yang sedia. Tapi.Ini yang aku nak ceritakan ni. Typical minded di kalangan rakyat malaysia bila dengar tentang pelaburan unit amanah. Suruh melabur tempat yang sah dan di daftarkan bukan main susah. Tapi kalau suruh melabur dekat 4D, 6D,Jackpot mahupun 969(mesin judi yang biasanya berselindung di sebalik cybercafe), LAJU! Dan mereka sanggup rugi beribu-ribu mahupun berjuta-juta kalau rugi melabur dekat sini. Tapi mereka akan rasa ralat kalau rugi sesen kalau melabur di Bank-bank yang sah. Malah sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap broker yang mengendalikan akaun mereka, kerana menyebabkan mereka mereka rugi.
Jadi di sini saya cuma nak menyampaikan pendapat dan juga cadangan tentang Mind-set di kalangan rakyat Malaysia yang masih belum melabur atau melabur di tempat yang salah. Apa salah kita laburkan separuh/semua duit keraian/hiburan/pelagai kemahuan yang bukan keperluan demi masa depan kita.
Mungkin kita ni manja.
Mungkin kita fikir banyak bantuan boleh di dapati di masa akan datang kalau kita tak melabur hari ini.
Kita fikir jabatan kebajikan masyarakat wujud semata-mata demi nak bantu kita masa kita dalam kesusahan yang kita sendiri tempah.
Kita fikir banyak badan NGO yang ditubuhkan akan bantu kita masa kita tua dan tak berdaya kerana kita tak mampu sediakan wang simpanan untuk anak kita, lalu anak kita hantar kita ke rumah warga emas.
Kita fikir kerajaan ada banyak masa dengar rintihan kita kerana kita gagal menyelamatkan ekonomi rumahtangga dan menyebabkan kita gagal bayar bil anak kita yang sakit tenat di hospital, kita gagal bantu saudara -mara kita yang dalam kesusahan dan lain-lain lagi.
SALAH.Pemikiran yang begini lah SALAH.kerana. Kerajaan memang menyediakan dana bantuan untuk kita. Tapi untuk orang yang yang bernasib malang. kita yang bergaji 4 angka ke atas bukan lagi dalam tahap bernasib malang. Jadi kita yang bernasib kurang malang ni telah disediakan platform untuk menggandakan duit kita yakni PELABURAN UNIT AMANAH dari bank-bank yang sah.
Jadi jangan suka nak salahkan kerajaan kerana tak endahkan rintihan kita masa dalam kesusahan. Sebab fungsi kerajaan patutnya digunakan sepenuhnya untuk membangunkan negara. Dan kita sebagai rakyatnya haruslah produktif dan agresif dalam menjana ekonomi keluarga dan negara.
Jadi kepada rakyat malaysia yang berkemampuan dan masih belum melabur, korang nak tunggu title 'rakyat yang bernasib malang' tu lekat kat dahi korang baru korang nak terhegeh-hegeh. Tak salah kalau kita korbankan sedikit duit yang kita nak beli beg tangan LV tu, kita laburkan demi masa depan kita. Supaya kita tak dipandang rendah kerana gagal menguruskan ekonomi sendiri.
Kepada bakal pelabur pula. Kita ada banyak saluran untu melabur. Jadi sebelum melabur tu buat perbandingan antara institusi-institusi sah (CIMB, ASB,PUBLIC MUTUAL,MAYBANK, dan banyak lagi) yang menawarkan pelaburan. Pilih yang memberikan peluang pulangan yang tinggi. YA. Mana-mana pelaburan adalah berisiko.Itu yang bagus melabur dalam unit amanah. walaupun harga seunit boleh 'readjust' bila-bila masa tetapi unit kita takkan berubah melainkan kalau kita sendiri yang keluarkan unit tersebut. Manakala bagi pelabur-pelabur islam yang ragu-ragu tentang pelaburan unit amanah, anda ada pilihan untuk melabur dalam unit amanah islamik. jadi jangan anda tak perlu rasa khuatir tentang punca pelaburan haram lagi.
So, jadilah rakyat Malaysia yang bijak dalam apa jua perkara. Tak kira lah apa pangkat kita, bangsa kita, agama kita, Kerajaan kita telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk memudahkan hidup kita. Cuma kita yang masih kabur-kabur. Jadi,ubah tabiat kita yang tipikal. Bak kata ilmuwan(nama aku tak ingat): 'kejayaan luar biasa adalah dari manusia biasa yang berusaha secara luar biasa'. renung-renugkan dan selamat melabur!
Credit to Amin - http://armnsarahperfume.blogspot.com
Typical minded bila dengar pasal Unit Trust

