Video ini di ambil di luar pintu masuk Majan Hotel selepas kami breakfast kira-kira pukul 9:00 pagi waktu di Oman (1pm - Malaysia), 19/2/2014 setelah kira-kira 5 hari di sana kerana 'emergency landing'. Waktu ni kami semua dalam keadaan yang lega sebab arwah ayah nampak sihat dan "discharged" setelah lebih kurang 4 hari ditahan di Royal Hospital, Oman kerana disyaki menghidap penyakit jantung, paru-paru dan sebagainya.
Pada kira-kira 8 malam waktu Oman (Kha-20/2/14) kami menaiki penerbangan Saudi Arabia Airline menuju ke Jeddah. Alhamdulillah, kami sampai pada pukul 11:30 malam di Mekah dan sempat juga menyelesaikan semua rukun umrah sebelum rombongan bertolak ke Madinah pada pukul 3 petang selepas solat jumaat.
Apapun, kenangan sehingga kami tersinggah di Oman selama 7 hari adalah satu kenangan yg cukup istimewa sekali. Momen2 sedih, frust, lucu dan gembira bersama arwah yg kurang lagi 80 hari sebelum 'dijemput', semuanya bercampur baur untuk menjadi satu peristiwa indah yang kami tidak akan lupakan sampai bila-bila. Mohon pada rakan-rakan muslim yang terbaca post ini, minta sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Md Jais Bin Kasmadi. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin
Kenangan di Muscat, Oman

