Salam..hari ni, buat pertama kali setelah blog skema ni tercipta sejak pertengahan bulan feb lepas, saya akan cerita sikit pengalaman sebagai agen unit trust dari sisi Asniza Che Rose atau ‘Bonda’ selepas saya sendiri (suami beliau) berhenti makan gaji hampir setahun yang lepas untuk sama melayari dan menghayati bidang ini sepenuh masa.
Sebelum tu, terus terang didedahkan, ‘approach’ dan ‘presentation’ bukanlah teras kemahiran utama saya. Senang cakap, saya lebih banyak memberi bantuan dari segi ‘technical’, pemerhati atau ‘menuding jari’ ke individu yang rasanya boleh lekat dan sejiwa dengan ceritera unit trust. Dan..segala penceritaan akan digalas sepenuhnya oleh ‘Bonda’ dengan penuh semangat membara, tepat dan padat.
Okay, bermulalah sekarang..Bonda oh Bonda. Beliau mula menjadi agen unit trust berdaftar dengan FIMM untuk CIMB pada Feb 2007. Kerana keazaman yang cukup tinggi, beliau pernah beberapa ketika menduduki ‘ranking’ pertama agen unit trust di CIMB Wealth Advisors pada sekitar March 2007. Saya menyaksikan sendiri betapa gigihnya beliau mencari, menghubungi dan berjumpa dengan siapa saja yang berminat untuk melabur. Usaha demi usaha, penat lelah dan segala keperihan akhirnya berbalas apabila Merc C200 yang di idamkan berjaya dibawa pulang selepas 3 bulan menjadi konsultan.
Melangkaui minggu-minggu, bulan-bulan dan tahun-tahun berikutnya sehinggalah sekarang, Bonda terus berjaya meletakkan dirinya sebaris panjang dengan konsultan lain yang disegani di CWA. Karisma dan kemampuannya terbukti apabila berjaya membuka agensi@pejabat sendiri pada apr 2009 setelah mendapat status Agensi Manager dari pihak CWA. Bermula apr 2010, saya terlibat sepenuhnya dalam bidang ini. Sedikit demi sedikit, barulah saya tahu betapa penuh ranjaunya apa yang ditempuh selama ini oleh Bonda untuk mendapat apa yang beliau ada sekarang. Bukan senang nak jadi senang. Beberapa kali saya pernah melihat beliau hampir menangis apabila perjumpaan dibatalkan, janji untuk melabur dimungkiri dan pelbagai lagi kerenah dari ‘investor’ pada saat akhir setelah khidmat nasihat kewangan dan segala panduan sudah habis kering dicurahkan sepenuhnya. Namun itu hanyalah sebahagian tompok-tompok kecil dugaan yang diterima dan pasti tidak sedikit pun mematahkan semangat besi yang ada dalam diri Bonda. Sifatnya yang ceria dan ramah-tamah semulajadi juga telah membuatkan hubungannya dengan semua client yang dikumpul sejak beliau menjadi konsultan tidak pernah pecah. Semuanya beliau anggap sebagai kawan.
Secara jujur juga, beliau merupakan seorang yang tidak kedekut ilmu. Tanyalah apa saja, pasti dengan panjang berjela (tahan tak tahan dengar je la..) dan penuh ikhlas, dia akan cuba sedaya upaya menerangkannya satu persatu. Bidang ini juga memerlukan kita mencari ‘downline’ atau dengan bahasa mesranya, rakan kongsi. Memang diakui, begitu sukar untuk mencari seseorang yang mempunyai jati diri yang kuat, disiplin dan kemahuan tinggi untuk tidak gagal. Semenjak tahun 2007, kalau boleh di katakan setiap sebuah bas mempunyai 44 tempat duduk, maka jumlah keseluruhan bas harus melebihi 4 untuk membolehkan semua rakan kongsi yang pernah dididik, diasuh dan dibimbing sepenuh masa dan tenaga oleh Bonda dapat selesa berada di tempat duduk semua bas tersebut. Ironinya, akan ramai yang ‘turun’ di setiap perhentian dan Bonda seperti biasa tanpa mengenal erti putus asa atau rasa jemu, akan mencari dan membimbing konsultan baru yang sudi ‘naik’. Begitulah Bonda, tidak penat menitiskan budi demi segunung intan. Kadang-kadang saya rasa, sikap tegas Bonda pada sesuatu perkara juga mungkin satu kelemahan sehingga ada yang sanggup meninggalkan beliau walaupun begitu banyak ilmu yang telah diberi. Setiap kali saya bangkitkan hal ini, Bonda akan sentiasa menegaskan, kunci untuk berjaya ialah disiplin diri dan usaha keras. Jangan mudah berputus asa. Sebab itulah, saya yang lebih sebagai pemerhati, sesekali menjadi sayu bila mengingatkan semula betapa bersungguh-sunguhnya beliau memberi tunjuk ajar dan pengetahuan tentang unit trust kepada setiap konsutant yang datang belajar. Kadang-kadang perasaan geram singgah juga menusuk-nusuk hati bila jarum pendek jam sudah di nombor 8 atau 9 malam tetapi ‘kelas’ masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Tapi bak kata beliau, selagi permata belum di temui, selagi itulah beliau akan terus mencari dan menggilap. itulah Bonda.
Keterujaanya terhadap business ni memang mengatasi semua bidang kerja yang ada di muka bumi. Bonda oh Bonda..pengetahuan dan kepercayaanya kepada pelaburan unit trust adalah melebihi 100% dan inilah yang seringkali ingin dikongsikan oleh beliau dengan semua orang@client dan juga bakal konsultan. Mantra Bonda ‘For Things to Change, I Must Change First’. ‘I Ask, I Believe, and I Receive – Allah is Giving’. Sekian dulu limpahan is hati dari sumber saya sendiri – Sahrul Nizam@2011