Rule Of 72, Inflasi dan EPF

Sekarang saya akan jelaskan apa itu Rule 72 dan apa kaitannya dengan bidang kewangan atau pelaburan. Rule of 72 ialah formula pengiraan bagi mengetahui berapa tahunkah wang yang kita simpan, contohnya di ASB, FD atau Unit Trust dapat meningkat sekali ganda (tidak 'top up') dari simpanan asal. Contohnya, jika kita menyimpan di ASB sebanyak RM20 ribu, pulangan setahun ialah kira-kira 8% dan cara pengiraanya ialah 72/8 = simpanan kita akan berganda menjadi RM40 ribu pada kira-kira 9 tahun akan datang. Begitu juga cara pengiraannya kalau membuat simpanan di FD yang memberi pulangan 3% setahun. Maka hasilnya, 72/3 = 24 tahun. Di sinilah perlunya kita membuat pelaburan di CWA kerana pelaburan yang berteraskan unit amanah ini boleh mendapat pulangan sehingga 10% ke 15% setahun. Kira sendiri dengan menggunakan kalkulator di bawah untuk mengetahui berapa tahunkah yang di perlukan untuk menggandakan wang simpanan kita di CWA berbanding dengan simpanan di tempat lain.

Rule of 72 juga digunakan untuk mengetahui bagaimanakah caranya untuk kita melepaskan diri dari inflasi yang terjadi. Maknanya, jika kadar inflasi di negara kita adalah kira-kira 6% ke 8% setahun, mencari-cari di manakah atau apakah simpanan yang memberi pulangan lebih besar dari kadar inflasi tersebut adalah satu tindakan yang harus dibuat tanpa perlu berlengah lagi.

Satu lagi cara pelaburan di CWA ialah melalui EPF. Jika kita boleh terus berpuas hati dengan dividen sebanyak 5.65% yang telah diumumkan oleh pihak KWSP bagi tahun berakhir 2010 yang lepas, teruskan dan simpan kemas-kemas perasaan puas hati tersebut. Tetapi jika ada kelapangan, fikir sejenak apa nilai yang kita perolehi setelah jumlah dividen tersebut ditolak dengan kadar inflasi di KL sebanyak 8% setahun. Setelah anda berfikir, cuba pula buat kira-kira kalau kita laburkan 20% daripada akaun 1 (jumlah keseluruhan akaun 1 di tolak simpanan asas mengikut umur dan diambil cuma 20% daripada jumlah tersebut) ke CWA dan tunggu sahaja pulangannya sebanyak 10% ke 15% setahun. Sebagai contoh, Ahmad (bukan nama sebenar) mempunyai RM120 ribu di EPF akaun 1. Beliau berumur 35 tahun dan simpanan asas yang perlu beliau ada di akaun 1 ialah RM29 ribu. Setelah RM120 ditolak dengan simpanan asas dan di darab pula dengan 20%, maka Ahmad layak melabur sebanyak RM18,200.00. Dengan jumlah tersebut, darabkan pula dengan pulangan minima setahun sebanyak 10%. Jawapannya, RM18,200.00 itu akan menjadi RM20,020.00. Kemudian RM120 ribu dari akaun 1 tolak dengan RM18,200.00 yang telah dilaburkan dan darabkan pula dengan 5.65%. Sebelum anda pening dan bengang, sila lihat jadual pengiraanya di bawah : -

Nama : Ahmad
Sebelum membuat pelaburan di CWA - RM120,000.00 X 5.65% = RM126,780.00
Selepas membuat pelaburan di CWA - RM101,800.00 X 5.65% = RM107,551.70 (EPF)
Jumlah pelaburan di CWA - RM18,200.00 X 10% = RM20,020.00 (CWA)
Pulangan setelah dicampurkan (EPF + CWA) - RM107,020.00 + RM20,020.00 = RM127,571.70

Kesimpulannya, anda sendiri tahu mana yang lebih menguntungkan dan untuk nota, pihak KWSP telah memberi kebenaran untuk mengeluarkan 20% lagi dari akaun 1 bagi tujuan penambahan pelaburan setiap 3 bulan selepas itu. Sebab itulah, jika kita gagal berbuat apa-apa untuk cuba menggandakannya setelah diberi peluang, ambil sajalah sedikit masa untuk mengkaji semula berapakah nilai wang yang kita ada di EPF setelah usia menginjak 55 tahun dan berapa tahun sajakah untuk kita bertahan dengan duit tersebut.

Sekarang, semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk menentukan di mana duit kita ingin disimpan. Cubalah untuk lari dari zon selesa dan berani mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi. Percayalah, UNIT TRUST adalah tempatnya. Hubungi kami sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan CASH atau melalui EPF di CWA.
Tel : 03-41444004 / 012-6746634, Email : cimb.richwealth@gmail.com

* Sumber Rule Of 72 adalah dari http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_7