A - Excel : Pelan Perlindungan dan Simpanan

lmpian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut. Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.

Apakah itu A-Excel?
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. la menyedíakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Pelan ini menyediakan:

* Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai didalam akaun peserta akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah:

1) Kurang dari 1 tahun = 20%

2) 1 tahun = 40%

3) 2 tahun = 60%

4) 3 tahun = 80%

5) 4 tahun atau ke atas = 100%

* Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100% jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun pertama, di ikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya tersebut, akan dibayar.

* Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup semasa tarikh matang.

Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan - perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami iaitu,

Faedah Kehidupan - Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asal pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untuk menerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.

Penepian Caruman Penyakit Kritikal - Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.

Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI) - Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu dari 35 penyakit kritikal seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu, semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.

KELAYAKAN
Pelanini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.

JUMLAH PERLINDUNGAN
Jumlah perlindungan minimum = RM30,000

CARUMAN
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana terdahulu.

Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?
Mod bayaran caruman yang ada adalah sekali setahun, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun sekali sebulan.

Bagaimanakah saya boleh membayar caruman?
Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara dibawah:
a) Secara tunai atau dengan cek. Untuk bayaran dengan cek, sila bayar atas nama "AlA AFG Takaful Bhd".
b) Bayaran Automatik (Kad Kredit & Autodebit)
c) Arahan Tetap
d) Akaun Kutipan Korporat Maybank (AIAAFG)

PENGECUALIAN
Apakah pengecualian utama untuk A-Excel? Pelan ini tidak melindungi:
i) Kematian yang disebabkan oleh membunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penyertaan atau tarikh mula berkuatkuasa, mana yang kemudian. Kami tidak akan membayar sebarang tuntutan, tetapi, kami akan membayar balik caruman yang telah dibayar.
ii) Sebarang hilang upaya akibat dari:
* Percubaan membinasakan diri atau kecederaan diri yang disengajakan semasa waras atau tidak waras.
* Berkhidmat dengan angkatan bersenjata atau pemulihan ketenteraman awam.
* Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang pesawat atau pengangkutan udara kecuali sebagai penumpang dalam penerbangan komersial melalui laluan penumpang yang ditetapkan.
* Sebarang kecederaan kongenital yang telah kelihatan atau didiagnosiskan sebelum orang dilindungi mencapai umur tujuh belas (17)tahun.
* Hilang upaya yang sedia ada akibat keadaan fizikal atau mental.

Nota : Senarai ini adalah tidak terperinci. Sila rujuk kepada sijil takaful untuk senarai pengecualian yang penuh di bawah sijil ini.

PERLINDUNGAN
Perlindungan anda bermula dari tarikh permohonan anda yang telah lengkap diisi dan
ditandatangani itu diluluskan oleh kami dan apabila kami menerima caruman yang sewajarnya.

TUNTUTAN
Bagaimanakah saya hendak membuat tuntutan?
Anda perlu melengkapkan borang tuntutan yang berkaitan yang boleh didapati daripada ejen atau perkhidmatan pelanggan kami di AIA AFG takaful.

Apakah dokumen lain yang perlu diserahkan bersama tuntutan?
Di samping borang tuntutan yang berkaitan, kami juga memerlukan laporan perubatan tambahan (seperti yang dinyatakan di belakang borang tuntutan) untuk menyokong tuntutan.

PELEPASAN CUKAI
Adakah caruman yang dibayar untuk sijil ini layak untuk mendapat pelepasan cukai
pendapatan?
Sijil ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

MAKLUMAT
Apakah yang saya perlu lakukan jika butir-butir hubungan saya bertukar?
Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami mengenai sebarang penukaran butir- butir hubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

Sekiranya anda berminat mendapatkan proposal untuk A-Excel atau plan lain yang ada juga kami tawarkan, sila isi form di bawah dan klik 'send email'.